Fenomena Gerhana Bulan Penuh Pada 31 Januari 2018

 

Gerhana Bulan Separa akan berlaku pada 31 Januari 2018 bersamaan 15 Jamadil awal 1439H. Bagi kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya gerhana mula kelihatan bermula jam 7.20 malam (bulan terbit) dan tamat pada jam 12.08 tengah malam iaitu mengambil masa selama 4 jam 48 minit. Manakala Bagi kawasan sekitar Labuan gerhana mula kelihatan bermula jam 6.50 malam dan tamat pada jam 12.08 tengah malam iaitu mengambil masa selama 5 jam 28 minit.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bersama menjayakan program di Planetarium Negara dan Masjid Putra. Solat Sunat Gerhana Bulan (Khusuf) akan dilaksanakan di masjid-masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan bermula jam 8.39 malam (selepas solat Isyak). Manakala Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan akan mengadakan cerapan gerhana di Pantai Kg Tanjung Aru manakala Solat Sunat Khusuf di masjid-masjid dan surau-surau sekitar Labuan.  Maklumat Gerhana adalah seperti berikut:

 

FASA GERHANA

WAKTU MALAYSIA

Kuala Lumpur, Putrajaya

Labuan

Permulaan masuk bayang-bayang penumbra

Semasa bulan belum terbit

6.50 malam

Permulaan Gerhana Separa.

(Bulan sudah masuk dari bayang-bayang umbra)

7.48 malam

Permulaan Gerhana Bulan Penuh

8.51 malam

Kemuncak Fasa Gerhana Bulan Penuh

9.29 malam

Tamat Fasa Gerhana Bulan Penuh

10.07 malam

Tamat Gerhana Separa.

(Bulan sudah keluar dari bayang-bayang umbra)

11.11 malam

Tamat gerhana penumbra

(Bulan sudah keluar dari kawasan bayang-bayang penumbra)

12.08 tengah malam

 

SOLAT SUNAT GERHANA BULAN

 

Lafaz niat:

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى 

"Sahaja aku solat sunat gerhana BULAN dua rakaat kerana Allah Taala."

 

Kaifiat:

Solat sunat gerhana boleh dilakukan sama ada secara berseorangan atau berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Khaifiat yang lebih sempurna adalah seperti berikut:

  1. Rakaat Pertama
    1. Takbiratul Ihram.
    2. Membaca doa Iftitah.
    3. Membaca surah al-Fatihah.
    4. Membaca surah al-Baqarah atau mana-mana surah.
    5. Ruku' dan membaca tasbih kira-kira 100 ayat.
    6. lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
    7. Membaca surah Ali-lmran atau mana-mana surah.
    8. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 90 ayat.
    9. Iktidal.
    10. Sujud dan membaca tasbih.
    11. Duduk antara dua sujud.
    12. Sujud kembali.
    13. Berdiri ke rakaat kedua.
  2. Rakaat Kedua
    1. Membaca surah al-Fatihah.
    2. Membaca surah al-Nisa' atau mana-mana surah.
    3. Ruku' dan membaca tasbih kira-kira 70 ayat.
    4. lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
    5. Membaca surah al-Maidah atau mana-mana surah.
    6. Ruku dan membaca tasbih kira-kira 50 ayat.
    7. Iktidal.
    8. Sujud dan membaca tasbih.
    9. Duduk antara dua sujud.
    10. Sujud kembali.
    11. Membaca tasyahud akhir.
    12. Memberi salam.

Solat juga boleh dilakukan dengan dua kali berdiri, dua kali bacaan dan dua kali ruku' sebagaimana solat biasa tanpa memanjangkannya. Begitu juga sah dilakukan sebanyak dua rakaat dengan dua kali berdiri dan dua kali ruku' sebagaimana solat fardu Jumaat. Namun cara ini meninggalkan fadhilat kerana berlainan daripada perbuatan Nabi.

 

Sumber rujukan :