EXECUTIVE TALK SIRI 2/2021 & PELANCARAN TELEGRAM RASMI PMWP

PUTRAJAYA, 28 APRIL 2021- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) telah menganjurkan Executive Talk Siri 2/2021. Program kali ini menampilkan Yang Berbahagia Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mohd Yusof Haji Othman, Mantan Pengarah Institusi Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi menyampaikan perkongsian yang bertajuk “Al-Quran dan Sains”.

Beliau merupakan Tokoh Maal Hijrah 1429H Negeri Pulau Pinang dan pemenang Anugerah Penghargaan Maal Hijrah 1427H juga seorang figura yang amat dikenali dalam bidang fizik tenaga.

Beliau telah membicarakan hubungan agama dan sains ini dari pengamatan dan penelitian kajian serta pengalaman. Beliau turut menekankan, pentingnya Sains itu dibangunkan mesti dalam acuan agama kerana bagi beliau, sains yang dibangunkan dalam konteks Barat ini terbatas sifatnya, yang tentunya dengan sifat ini ia tidak akan mampu membawa jalan keluar kepada kebahagiaan hakiki yang dicari oleh setiap insan.

Sesi majlis diteruskan dengan Pelancaran Telegram Channel PMWP yang dirasmikan oleh Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman Bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan. Pelancaran Telegram ini sebagai tambahan rangkaian medium PMWP bagi menyalurkan info berkaitan fatwa, hukum hakam, berita terkini, falak, dan pengurusan pejabat dari semasa ke semasa.
Penyertaan orang ramai boleh dilakukan melalui pautan link https://t.me/pmwprasmi

 


Cetak   Emel