BAYAN LINNAS SIRI KE-252: SERANGAN ZIONIS-ISRAEL: PENGESAHAN SIFAT BURUK YANG DICERITAKAN AL-QURAN

 

Template Header Artikel Zionis Israel

Latar belakang

Setiap kali bulan Ramadan tiba, kerap berlaku peristiwa pencerobohan Zionis-Israel terhadap Masjid al-Aqsa al-Mubarak dan serangan ke atas semenanjung Gaza. Zionis-Israel menggunakan sentimen Yahudi atas nama bangsa dan agama bagi merealisasikan projek normalisasi Israel di mata dunia. Hakikatnya, pencerobohan Zionis-Israel terhadap Masjid al-Aqsa al-Mubarak ini telah melanggar undang-undang dunia pada 1948 yang sudah membahagikan sempadan kawasan Masjid al-Aqsa al-Mubarak kepada umat Islam, Yahudi dan Kristian. Usaha pencerobohan yang kesekian kalinya ini digerakkan oleh sekumpulan Ultra Ortodox Yahudi melalui upacara passover atau dikenali dengan Yaum Fush dan kempen mengangkat bendera negara Israel.

Sifat-sifat Yahudi dalam al-Quran

Pencerobohan Zionis-Israel secara konsisten adalah kesan daripada sifat-sifat yang tersemat sekian lama dalam sanubari Yahudi. Kisah Yahudi banyak dipaparkan dalam al-Quran. Berikut adalah antara ayat al-Quran yang memperlihatkan sifat-sifat tersebut:

      i.         Sifat tamak yang tinggi terhadap dunia

وَلَتَجِدَنَّهُمۡ أَحۡرَصَ ٱلنَّاسِ عَلَىٰ حَيَوٰةٖ وَمِنَ ٱلَّذِينَ أَشۡرَكُواْۚ يَوَدُّ أَحَدُهُمۡ لَوۡ يُعَمَّرُ أَلۡفَ سَنَةٖ وَمَا هُوَ بِمُزَحۡزِحِهِۦ مِنَ ٱلۡعَذَابِ أَن يُعَمَّرَۗ وَٱللَّهُ بَصِيرُۢ بِمَا يَعۡمَلُونَ  

Maksudnya: “Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya), dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan.

Surah al-Baqarah (96)

Firman Allah SWT di dalam ayat yang lain;

وَإِذۡ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوۡمِهِۦ يَٰقَوۡمِ لِمَ تُؤۡذُونَنِي وَقَد تَّعۡلَمُونَ أَنِّي رَسُولُ ٱللَّهِ إِلَيۡكُمۡۖ فَلَمَّا زَاغُوٓاْ أَزَاغَ ٱللَّهُ قُلُوبَهُمۡۚ وَٱللَّهُ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡفَٰسِقِينَ

Maksudnya: “Dan (ingatlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: " Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakiti daku, sedang kamu mengetahui bahawa sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu?" Maka ketika mereka menyeleweng (dari kebenaran yang mereka sedia mengetahuinya), Allah selewengkan hati mereka (dari mendapat hidayah petunjuk); dan sememangnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik - derhaka.

Surah al-Saff (5)

Ayat-ayat di atas menunjukkan bahawa Yahudi mempunyai sifat tamak yang tinggi terhadap dunia.[1] Perkara ini dapat dilihat ketika Yahudi mengkhianati Nabi Musa AS dengan menyembah patung anak sapi dalam tempoh 40 hari setelah Nabi Musa AS membimbing Yahudi untuk selamatkan diri daripada perhambaan Firaun. Sifat yang melampau ini juga menonjol sepertimana imperialisme Zionis-Israel di Tebing Barat dan Jurusalem ketika ini. Selain itu, sifat tamak Yahudi ini menunjukkan sikap tidak berterima kasih dan lupa daratan terhadap umat Islam suatu ketika dahulu. Yahudi pernah dipencilkan oleh majoriti penganut beragama di pelbagai penjuru dunia dan kemudian selama beratus-ratus tahun mendapat perlindungan dari umat Islam di Andalusia dan Turki Uthmani.[2]

    ii.         Sifat penakut terhadap kebenaran

يَٰقَوۡمِ ٱدۡخُلُواْ ٱلۡأَرۡضَ ٱلۡمُقَدَّسَةَ ٱلَّتِي كَتَبَ ٱللَّهُ لَكُمۡ وَلَا تَرۡتَدُّواْ عَلَىٰٓ أَدۡبَارِكُمۡ فَتَنقَلِبُواْ خَٰسِرِينَ

قَالُواْ يَٰمُوسَىٰٓ إِنَّ فِيهَا قَوۡمٗا جَبَّارِينَ وَإِنَّا لَن نَّدۡخُلَهَا حَتَّىٰ يَخۡرُجُواْ مِنۡهَا فَإِن يَخۡرُجُواْ مِنۡهَا فَإِنَّا دَٰخِلُونَ

Maksudnya: “(Nabi Musa berkata lagi): "Wahai kaumku, masuklah ke Tanah Suci (Palestin) yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu (memasukinya); dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang, (kalau kamu undur) maka kamu kelak menjadi orang-orang yang rugi (di dunia dan di akhirat). Mereka menjawab: "Wahai Musa bahawasanya di negeri itu ada kaum yang gagah perkasa, dan sesungguhnya kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar daripadanya; kemudian jika mereka keluar daripadanya, maka sesungguhnya kami akan masuk (ke negeri itu)."

Surah al-Maidah (21-22)

Firman Allah SWT di dalam ayat yang lain;

قَالُواْ يَٰمُوسَىٰٓ إِنَّا لَن نَّدۡخُلَهَآ أَبَدٗا مَّا دَامُواْ فِيهَا فَٱذۡهَبۡ أَنتَ وَرَبُّكَ فَقَٰتِلَآ إِنَّا هَٰهُنَا قَٰعِدُونَ

Maksudnya: “Mereka (menolak dengan) berkata: "Wahai Musa, sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu."

Surah al-Maidah (24)

Ayat-ayat di atas menunjukkan bahawa Yahudi menolak kebenaran akan janji Allah SWT yang memastikan kemenangan dengan berperang bersama Nabi Musa AS.[3] Yahudi juga mempunyai sifat takut dengan kelompok yang lebih kuat daripada mereka. Bahkan sifat penakut ini membuatkan Yahudi meminta Nabi Musa AS dan Tuhannya berperang sendiri.[4] Perkara ini membuktikan bahawa Yahudi bersifat penakut, pesimis, tamak kepada dunia serta memilih untuk hidup hina dengan kebatilan daripada mati mulia dalam kebenaran.

   iii.         Sifat rasis yang tinggi

قُلۡ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ هَادُوٓاْ إِن زَعَمۡتُمۡ أَنَّكُمۡ أَوۡلِيَآءُ لِلَّهِ مِن دُونِ ٱلنَّاسِ فَتَمَنَّوُاْ ٱلۡمَوۡتَ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai orang-orang yang beragama Yahudi, kalau kamu anggap bahawa kamulah sahaja orang-orang yang dikasihi Allah tidak termasuk umat-umat manusia yang lain, maka bercita-citalah hendakkan mati (dengan meminta kepada Allah supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar!"

Surah al-Jumaah (6)

Ayat di atas menunjukkan yahudi mempunyai sifat rasis yang tinggi kerana menganggap bahawa mereka merupakan bangsa pilihan yang dikasihi tuhan.[5]

   iv.         Sifat suka bermusuh

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ ٱلنَّاسِ عَدَٰوَةٗ لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلۡيَهُودَ وَٱلَّذِينَ أَشۡرَكُواْۖ وَلَتَجِدَنَّ أَقۡرَبَهُم مَّوَدَّةٗ لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلَّذِينَ قَالُوٓاْ إِنَّا نَصَٰرَىٰۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّ مِنۡهُمۡ قِسِّيسِينَ وَرُهۡبَانٗا وَأَنَّهُمۡ لَا يَسۡتَكۡبِرُونَ

Maksudnya: “Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani" yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.

Surah al-Maidah (82)

Ayat di atas menunjukkan bahawa Yahudi mempunyai sifat yang paling keras permusuhannya terhadap umat Islam.[6] Sifat ini mengakibatkan berlaku fenomena pembunuhan yang bukan asing dalam sejarah Yahudi. Bahkan nabi-nabi mereka, seperti Nabi Zakaria AS dan Nabi Yahya AS juga turut dibunuh. Selain itu, Yahudi menganggap bahawa mereka membunuh Nabi Isa AS dengan bangganya.[7] Sedangkan menurut al-Quran bahawa Nabi Isa AS diselamatkan oleh Allah SWT daripada kejadian pembunuhan tersebut.

    v.         Sifat suka menceroboh negera orang lain 

وَقَضَيۡنَآ إِلَىٰ بَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ فِي ٱلۡكِتَٰبِ لَتُفۡسِدُنَّ فِي ٱلۡأَرۡضِ مَرَّتَيۡنِ وَلَتَعۡلُنَّ عُلُوّٗا كَبِيرٗا

Maksudnya: “Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.”

Surah al-Israa (4)

Ayat di atas menunjukkan bahawa kerosakkan yang dibuat oleh Yahudi bukanlah sekadar dua kali, sebaliknya mereka melakukan kerosakkan banyak kali di atas muka bumi ini.[8] Fenomena Zionis-Israel ketika ini menggambarkan penindasan Yahudi terhadap negara-negara umat Islam. Maksud fil ardhi dalam ayat di atas adalah merujuk kepada bumi Syam yang meliputi Syiria, Palestin, Lubnan, Jordan dan sekitarnya.[9]

Penutup

Sehingga hari ini, serangan Zionis-Israel terhadap terhadap umat Islam berlanjutan dan menimbulkan kecaman antarabangsa. Bahkan tidak mustahil siri serangan seperti ini berulang pada bulan ramadan yang akan datang. Sifat-sifat yang tersemat dalam kalangan Yahudi mengakibatkan Zionis-Israel adalah musuh utama Umat Islam. Kebiadaban Zionis-Israel akan berterusan mengancam umat Islam terutama di Palestin dan di sekitarnya. Semoga cita-cita Zionis-Israel untuk membentuk negara agung Israel menerusi proksi-proksi mereka terkubur.

 

[1] Ibn al-Kathir, Ismail. Tafsir al-Quran al-A‘zim. Kaherah: Dar al-Hadis, 1999, 1: 334.

[2] Karen Armstrong. A History of Jerusalem: One City. Three Faiths. London: HarperCollins Publishers, 1996, 233, 246.

[3] Al-Qurtubi. Al-Jami' li Ahkam al-Qur'an. Kaherah: Dar al-Kutub al-Misriyyah, 6:128.

[4] Ibn Kathir, Abu al-Fida' Isma'il bin Umar bin Kathir al-Qurashi al-Dimashqi. Tafsir al-Qur'an al-Azim. Al-Riyad: Dar Tayyibah, 1999, 3:69.

[5] Al-Tabari, Abi Ja‘far Muhammad bin Jarir. Tafsir al-Tabari Jami‘ al-Bayan ‘an Ta’wil Ayi al-Qur’an. Mekah: Dar at-Tarbiyyah wa at-Turath, 2001, 23: 379.

[6] Al-Aşfahāni, al-Rāgib Abu al-Qasim al-Husain bin Muhammad bin Mufad-dal. Tafsīr ar-Rāġib al-Aşfahāni. Jamiah Umm al-Qura: Kuliyyah Dakwah wa Usul al-Addin, 2001, 5: 420.

[7] Muhammad bin Umar al-Zamakhsyari. al-Kasyaf ‘an Haqāiq al-Tanzīl wa ‘Uyūni al-Aqāwīl fi Wujūh alTa’wīl. Beirut: Dar al-Ma'rifah, 590.

[8] Al-Sya’rawi, Muhammad Mutawali. Tafsir al-Sya‘rawi. Al-Qahirah: Akhbar al-Yaum, 1997, 13: 8348.

[9] Abu Muhammad al-Husain bin Mas’ud al-Baghawi. Ma’alim al-Tanzil Fi Tasir al-Quran. Kaherah: Dar al-Tayyibah li al-Nashr wa al-Tawzi’, 1997, 5:79.

 

 

Cetak