Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
FAQ

JUMAAT | 28 OGOS 2015 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan hari ini menerima kunjungan mesra Syeikh Dr. Saleh bin Abdullah al-Humaidi. Beliau ialah Timbalan Imam Besar di Masjid al-Haram dan menjawat beberapa jawapan penting lain seperti anggota Hai’ah Kibar Al Ulama Arab Saudi dan Akademi Fiqh Islam Antarabangsa di Jeddah. Bersama-sama Sahibus Samahah Datuk Mufti, mereka berbincang berkenaan isu semasa umat Islam dan pengamalan Islam di Malaysia. Sahibus Samahah Datuk Mufti mengucapkan Jazaakumullah khayr atas kesudian Syeikh untuk melawat.