LABUAN, 24 MAC 2025 - Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan telah menganjurkan Program Tausiah Lil Du'at dan Muzakarah MADANI yang dihadiri hampir 200 orang Pemegang Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan serta agensi-agensi kerjasama strategik di Wilayah Persekutuan Labuan bertempat di Hotel Tiara, Labuan.
Tausiah telah disampaikan oleh Sahibus Samahah Samahah Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan. Beliau telah mengupas tentang keberkatan bulan Ramadan, mengingatkan kepada Pemegang Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan untuk sentiasa mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama, penghargaan kepada para pemegang tauliah serta agensi-agensi kerjasama strategik dalam meningkatkan lagi hubungan silaturrahim agar dapat mengukuhkan ukhuwah Islamiyyah.
Majlis diteruskan dengan sesi penyampaian sijil kepada Permohonan Lanjutan Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan, Sijil Penghargaan Ahli Jawatankuasa Melihat anak bulan Wilayah Persekutuan Labuan. Selain Daripada Itu, 3 orang Pemegang Tauliah Mengajar Agama Islam telah menerima Sijil Anugerah Khas antaranya Us Najah Bin Elias, Ustaz Sullahaji Bin Latip dan Ustazah Nuridah Binti Hj Sahari. Program Tausiyah Lil Du'at dan Muzakarah ini disudahi dengan Majlis berbuka puasa.
Semoga program ini memberikan manfaat kepada semua yang terlibat, bagi memperkukuh ikatan silaturrahim dan mengeratkan kerjasama antara pemegang tauliah, agensi kerajaan, serta masyarakat demi kebaikan bersama.