اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

SESI LIBAT URUS RUU MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN BERSAMA PARLIMEN

KUALA LUMPUR, 19 NOVEMBER 2024 - Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) telah mengadakan Sesi Libat Urus Bersama Ahli Parlimen Blok Kerajaan berkaitan RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) di Parlimen Malaysia petang semalam.

Majlis Taklimat telah dipengerusikan oleh YB William Leong Jee Keen, Ahli Parlimen Selayang turut dihadiri Ahli Parlimen Ampang, Ledang, Miri, Sungai Petani, Bayan Baru dan Batu Pahat. Majlis diteruskan dengan taklimat yang disampaikan oleh Sahibus Samahah Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan bersama YBhg. Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Penggubalan RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan).

Pelbagai persoalan dan isu yang dibangkitkan telah diberi penjelasan yang tuntas antaranya berkaitan sama ada RUU ini akan terpakai ke seluruh negara termasuk kepada orang bukan Islam, begitu juga adakah undang-undang ini menyekat kebebasan rakyat dan menghakis kuasa Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam di Wilayah Persekutuan. Selain itu, keperluan menyatakan tafsiran jelas berkaitan Ahli Sunnah wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan tasawwuf.Semoga sesi libat urus ini memberi manfaat dan kebaikan kepada semua pihak.