اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

KUNJUNGAN HORMAT JABATAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN KEPADA KETUA SETIAUSAHA NEGARA

PUTRAJAYA, 19 MAC 2025 - Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan mengetuai delegasi Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) yang turut dihadiri Sahibus Samahah Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan dan Encik Ahmad Noor Syaiful Azmi bin Mohammad Noor, Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Bahagian Khidmat Sokongan telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara di pejabat beliau hari ini.

Kunjungan hormat tersebut diadakan bagi meluaskan jaringan kerjasama antara JMWP dan Pejabat Ketua Setiausaha Negara dalam usaha-usaha kerjasama strategik antara dua agensi ini terutama yang melibatkan hal ehwal pengurusan kefatwaan. SS Datuk Mufti Wilayah Persekutuan juga berkesempatan memimpin solat asar serta menyampaikan tazkirah ringkas bersama para pegawai.

Kemudian, kunjungan berakhir dengan penyampaian bahan-bahan terbitan JMWP kepada YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara. Semoga kunjungan hormat yang diadakan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama baik antara agensi serta memberi manfaat kepada semua pihak.