اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

KUNJUNGAN HORMAT DR. ATIYYAH MUSTAFA AL-AZHARI AL-MALIKI KEPADA JABATAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

PUTRAJAYA, 24 MAC 2025 – Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan hari ini menerima kunjungan hormat daripada ulama terkenal, Fadhilah al Ustaz Syeikh Dr. Atiyyah Mustafa Al-Azhari Al-Maliki, ulama al Azhar Al Syarif yang turut diiringi oleh YBrs. Dr. Shuhadak Mahmud Al-Ja’fari. Kunjungan ini bertujuan untuk mempererat hubungan keilmuan serta bertukar pandangan mengenai perkembangan ilmu Islam dan isu-isu semasa berkaitan syariah.

Dalam pertemuan tersebut, Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan mengalu-alukan kedatangan Dr. Atiyyah dan rombongan, serta menzahirkan penghargaan atas kunjungan mereka. Perbincangan antara kedua-dua pihak menumpukan kepada kepentingan memperkukuhkan kefahaman Islam dalam masyarakat serta usaha berterusan dalam memperkasa institusi fatwa sebagai sumber rujukan utama umat Islam.

Kunjungan ini diakhiri dengan sesi ramah mesra dan pertukaran pandangan yang diharapkan dapat memperkukuh hubungan keilmuan antara kedua-dua pihak dalam usaha menyebarluaskan kefahaman Islam di peringkat serantau dan antarabangsa.