اختيار اللغة:

hubungi2maklumbalas2peta2

FIQH AL-MIZAN SEBAGAI PRINSIP TADBIR URUS DAN ETIKA KERJA SIRI KE-2

SHAH ALAM, 25 September 2026 – Sahibus Samahah Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan telah diundang untuk menyampaikan sesi Minda Mufti yang bertajuk “Fiqh al-Mizan sebagai Prinsip Tadbir Urus dan Etika Kerja Siri Ke-2” yang berlangsung di Performing Arts Theatre (PAT).

Majlis ini diserikan dengan kehadiran YBhg. Professor Tan Sri Dato' Wira Dr. Mohd Shukri Ab Yajid; Presiden dan Pengasas Management and Science University (MSU). Perkongsian ini mengetengahkan pendekatan Fiqh al-Mizan dalam membentuk tadbir urus dan etika kerja yang seimbang berteraskan prinsip Syariah.

Dalam sesi tersebut, Sahibus Samahah menekankan kepentingan keseimbangan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab, termasuk aspek integriti, keadilan, kemaslahatan serta pertimbangan yang wajar dalam setiap tindakan. Pendekatan ini penting bagi membentuk budaya kerja yang beretika dan bertanggungjawab.

Program ini turut menjadi platform perkongsian ilmu dalam memahami penerapan prinsip Islam dalam pengurusan dan kehidupan profesional, di samping memperkukuh kesedaran terhadap kepentingan tadbir urus yang baik serta etika kerja yang berteraskan nilai-nilai Islam.