Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #299 : HUKUM MENYENTUH SURAH YASIN KETIKA BERHAID

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 299 (23 JUN 2016 M / 18 RAMADHAN 1437 H)

SOALAN:

Salam,tuan mufti,apakah hukumnya seseorang perempuan memegang surah yassin ketika datang haid.

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Saya melihat surah yasin ini bentuknya dibahagikan kepada dua:

Pertama: Tulisan Surah Yasin semata-mata tanpa tafsiran dan terjemahan. Saya cenderung kepada pendapat bahawa tidak dibolehkan perempuan berhaid memegangnya sekalipun hanya dianggap satu bahagian daripada al-Quran. Ini keluar daripada khilaf dan supaya lebih tenang kepada hati.

Kedua: Jika tulisan surah Yasin itu berserta bersamanya terjemahan-terjemahan, ada tulisan dan penerangan, maka dalam keadaan ini kami berpendapat adalah dibolehkan kerana lebih banyak tulisan yang bukan al-Quran sehingga tidaklah dianggap sebagai mushaf yang murni semata-mata. Perkara ini juga telah dibahaskan oleh para ulama dengan panjang lebar.

Wallahua’lam.