FUNGSI BAHAGIAN KHIDMAT SOKONGAN
Unit Pentadbiran
- Menyediakan perkhidmatan berkaitan pengurusan pejabat serta fasiliti yang selamat dan kondusif untuk warga jabatan.
- Melaksanakan urusan perolehan kerajaan berdasarkan peraturan yang berkuat kuasa.
- Memastikan aset dan inventori jabatan dikendalikan secara cekap, sistematik dan optimum bagi keperluan pegawai.
- Mengendalikan urusan perkhidmatan, latihan dan pembangunan kerjaya pegawai.
- Merancang dan melaksanakan urusan berkaitan perjawatan dan pembangunan organisasi.
- Melaksana dan memantau urusan rekod, fail dan dokumentasi jabatan.
- Mengurusetiakan mesyuarat-mesyuarat utama jabatan berkaitan pengurusan.
- Menyelaras fungsi integriti jabatan dan bertindak sebagai Urus setia Lembaga Tatatertib.
- Melaksanakan tugas-tugas berkaitan komunikasi korporat dan khidmat pelanggan termasuk pengurusan aduan.
Unit Kewangan
- Merancang permohonan dan agihan bajet jabatan bagi peruntukan mengurus dan akaun amanah.
- Melaksanakan urusan pembayaran perolehan jabatan dan tuntutan berdasarkan peraturan yang berkuat kuasa.
- Menguruskan pembayaran emolumen warga jabatan.
- Memantau prestasi kewangan jabatan serta menyediakan laporan kewangan yang berkaitan.
Unit ICT
- Merancang dan menetapkan keperluan ICT jabatan berdasarkan keperluan semasa jabatan.
- Menyedia serta memantau infrastruktur ICT termasuk rangkaian dan keselamatan rangkaian.
- Melaksanakan pembangunan sistem dan aplikasi yang berkaitan bagi meningkatkan keberkesanan perkhidmatan jabatan.
- Menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal berkaitan ICT kepada warga jabatan.