Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #276 : BELI EMAS GUNA KAD KREDIT

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 276 (20 MEI 2016 M / 12 SYAABAN 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikum Tuan Mufti...saya nak bertanya berkenaan dengan beli emas guna kredit kad ?

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Saya nyatakan bahawa dalam pembelian emas ini, ia termasuk dalam barangan ribawi. Dua perkara yang penting dalam barangan ribawi ini ialah barangan itu ialah mestilah yadan bi yadin (tangan dengan tangan) , dan mestilah dalam bentuk tunai, segera, berlaku penyerahan dan bukan bertangguh.

Jadi bila mana cara macam itu, boleh jadi kad kredit itu masih lagi berada dalam keadaan kosong, lalu ditempohkan transaksi dengan suatu tempoh yang kita tidak tahu. Macam mana komitmen yang ada dalam hal ini? Sebab itu kami dalam hal ini amat-amat menitik-beratkan belilah secara tunai, tangan dengan tangan, ‘Awak terima’, ‘Saya terima’, sama ada dengan qabadh (penyerahan) secara hissi (terus) atau hukmi (perwakilan). Jika ini berlaku, barulah kita akan dapati hati kita berasa selesa.

Lihatlah juga pendapat pakar-pakar dalam bab ini. Cuma sebaiknya pilihlah pandangan yang ihtiyati (berhati-hati) agar hati tenang dan tidak ragu-ragu lagi.

Wallahua’lam.

 

Imej diperoleh dari Pixabay