Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MENGERJAKAN UMRAH BERTUJUAN MEMBELI KAIN SELUBUNG KAABAH UNTUK DILETAKKAN DI MASJID-MASJID

SOALAN 69 (10/06/2015 BERSAMAAN 23 Sya’aban 1436H)

 

Assalamualaikum Ustaz. Adik lelaki saya akan melakukan ibadah umrah. Dia mengikut rakan kongsinya kesana. Tetapi, kemusykilan saya ialah dia hendak pergi umrah kerana ingin membeli kain selubung kaabah untuk diletakkan di masjid-masjid di sini apabila pulang semula ke Malaysia.

 

JAWAPAN

Saya tidak tahu terdapatnya perniagaan seperti itu tetapi apabila kita menuju ke Mekah dalam pelaksanaan ibadah haji atau umrah, hendaklah meletakkan nawaitu untuk beribadah seperti takrifan haji oleh sebahagian ulama termasuk Mazhab Hanafi. Adapun selepas itu, membeli barangan lain adalah dibolehkan.