Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
FAQ

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 177 (4 FEBRUARI 2016 / 25 RABIULAKHIR 1437 H)

Soalan :

Assalamualaikum Datuk Mufti,

Nak tanya, apakah hukum sekiranya seseorang itu berzikir tetapi hatinya lalai seperti dia ingat kepada perkara lain dan apakah hukumnya sekiranya kita berzikir tetapi tidak tahu maknanya? 

Terima kasih.

 

Jawapan

Berzikir dalam keadaan lalai lebih baik daripada tidak berzikir langsung. Berkata Syeikh Ibn Ataillah al-Iskandari Rahimahullah:

 

لا تترك الذكر لعدم حضورك مع الله فيه لأن غفلتك عن وجود ذكره أشد من غفلتك في وجود ذكره فعسى أن يرفعك من ذكر مع وجود غفلة إلى ذكر مع وجود يقظة

 

Maksudnya: “Janganlah engkau tinggalkan zikir hanya kerana gagar menghadirkan hati bersama Allah ketika berzikir, kerana lalai daripada berzikir berlebih bahaya daripada lalai ketika berzikir. Mudah-mudahan (kerana sebab itu) Allah akan mengangkat darjatmu daripada berzikir yang lalai kepada zikir yang sedar”. Rujuk Syarah Hikam al-Ataiyyah hal. 55

 

Contohnya, seseorang yang berzikir kalimah tayyibah (لا إله إلا الله) sebanyak 100 kali. Jika hatinya mula dengan lalai, mungkin sahaja pada kali ke-89, Allah campakkan kesedaran dan hadir hati. Ini lebih baik daripada tidak berzikir langsung. Asalnya, seseorang yang berzikir itu tetap beroleh pahala walaupun tidak mengetahui maknanya, tetapi adalah lebih baik dan meninggalkan kesan pada hati, jika kita dapat mengkaji makna dan menghayatinya.

 

Daripada Jabir bin Abdullah  RA, sabda Rasulullah SAW:

 

أَفْضَلُ الذِّكْرِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ

 

Maksudnya: Sebaik-baik zikir ialah Lā`ilāha`illāLlāh (Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah).

 

Hadis riwayat al-Tirmidzi, Ahmad, Ibnu Majah dan lain-lain.

 

Wallahua`lam.