Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
FAQ

SOALAN 59 (22 RAMADAN 1436H BERSAMAAN 09/07/2015)

Apakah perbezaan antara tanaman yang disiram dan yang tidak dari segi zakat?

 

JAWAPAN

Tanaman dan pokok buah-buahan yang hidup dengan air hujan atau air sungai tidak memerlukan perbelanjaan atau tenaga pemiliknya. Zakat yang wajib dikeluarkan bagi 300 gantang ialah 30 gantang dan bagi 900 liter ialah 90 liter.

            Sekiranya tanaman dan pokok buah-buahan tersebut disiram menggunakan alat penyiram, kincir dan sebagainya yang memerlukan tenaga dan perbelanjaan, maka kadar zakatnya ialah 1/20. Oleh itu, zakat yang wajib bagi 300 gantang ialah 15 gantang dan bagi 900 liter zakatnya 45 liter. Ini berdasarkan hadith daripada IbnUmarR.A, Rasulullah SAW bersabda:

 

فِيمَا سَقَتِ السَّمَاءُ وَالْعُيُونُ أَوْ كَانَ عَثَرِيًّا الْعُشْرُ، وَمَا سُقِيَ بِالنَّضْحِ نِصْفُ الْعُشْرِ

Maksudnya: “Pada tanaman yang disirami hujan dan air sungai atau tanaman jenis palma, kadar zakatnya ialah 1/10dan tanaman yang disiram dengan alat penyiram, kadar zakatnya ialah 1/20.”

Riwayat Muslim (981)

            Hadith seterusnya daripada Jabir R.A, beliau mendengar Nabi SAW bersabda:

فِيمَا سَقَتِ الأَنْهَارُ وَالْغَيْمُ الْعُشُورُ، وَفِيمَا سُقِيَ بِالسَّانِيَةِ نِصْفُ الْعُشْرِ. وَعِنْدَ أَبِي دَاوُدَ: أَوْ كَانَ بَعْلًا الْعُشْرُ

Maksudnya: “Kadar zakat tanaman yang disirami air sungai dan hujan ialah 1/10 dan tanaman yang disirami menggunakan tenaga unta ialah 1/20. Dalam riwayat Abu Daud menyatakan, pokok jenis palma zakatnya 1/10.”