Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
FAQ

SOALAN 13 (22/06/2015 BERSAMAAN 05 RAMADAN 1436H)

Adakah boleh mengambil pil penahan haid kerana ingin berpuasa penuh di bulan Ramadan?

 

JAWAPAN

Mengambil pil penahan haid kerana ingin berpuasa penuh pada bulan Ramadan adalah dibolehkan,tetapi afdhal jangan mengambilnya dan kekal mengikut takdir Allah kepada wanita. Inilah pendapat Syeikh Uthaimin. Pendapat ini jua sama seperti Dr. Yusuf al-Qardhawi yang berkata: “Pada pendapat saya, sebaik-baiknya wanita itu mengikut sifat kejadian semula jadinya. Haid adalah sesuatu yang tabi’ie dan tidak dapat dielakkan. Ia datang daripada Allah. Sekiranya wanita itu hendaklah memakan ubat untuk melewatkan haid agar ia tidak datang di dalam bulan Ramadan, hukumnya tidak mengapa, dengan syarat ubat itu tidak memudharatkan dirinya. Mereka boleh meminta nasihat orang-orang alim dan pakar, atau nasihat doctor mengenai ubat itu. Menelan pil tersebut akan membolehkannya berpuasa genap sebulan pada bulan puasa dan akan diterima Allah, insya-Allah.” Saya berpendapat kita mengikut sunnatullah dengan tidak mengambil pil adalah lebih baik.