Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
FAQ

SOALAN 20 (23/06/2015 BERSAMAAN 06 RAMADAN 1436H)

Apakah hukum suntikan sebagai ganti makanan yang memberi tenaga?

 

JAWAPAN

Berkenaan suntikan sebagai ganti makanan yang memberi tenaga, hukumnya tidak disepakati oleh ulama masa kini. Ada yang berpendapat batal puasanya kerana dianggap sebagai makan dan minum. Antara yang mentarjihkan pendapat ini ialah Syeikh Muhammad al-Syaibani dalam bukunya, Tabyin al-Masalik (2/158). Saya juga bersetuju dengan tarjih ini kerana maksud puasa akan ternafi dengan suntikan seperti ini.