Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
FAQ

SOALAN 24 (23/06/2015 BERSAMAAN 06 RAMADAN 1436H)

Apakah hukum mencium bau-bauan dan minyak atar pada siang hari Ramadan?

 

JAWAPAN

Mencium bau-bauan dan minyak atar pada siang hari Ramadan termasuk menggunakan bukhur atau kemenyan. Hukumnya jika sampai kesan kepada halkumnya, maka batal puasanya dan wajib qadha’, sebagaimana kaedah dalam Mazhab Maliki. Sedangkan sebahagian ulama menganggap masalah ini sebagai Umum Balwa yang dimaafkan. Inilah pendapat yang sahih, seperti dalam buku Su’alat al-So’imin. Saya jua cenderung dengan pendapat yang kedua ini.