Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
FAQ

SOALAN 3 (18/06/2015 BERSAMAAN 01 RAMADAN 1436H)

Apakah hukum meletakkan minyak atau sesuatu pada gigi yang sakit.

 

JAWAPAN

            Meletakkan atau melumuri minyak atau sesuatu pada gigi yang sakit, sekalipun yang berpuasa merasainya pada halkumnya, tidaklah batal puasanya. Inilah fatwa yang dikemukakan oleh Syeikh Hasanain Makhluf (Mantan Mufti ad-Diyar al-Misriyyah). Saya sependapat dengan fatwa mantan Mufti Mesir ini. Ini kerana ia termasuk dalam darurat dan bukan bersifat makan dan minum.