Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

IRSYAD AL-FATWA KE-50: ISTIGHFAR

SOALAN

Nyatakan maksud istighfar

 

JAWAPAN

            Perkataan istighfar seperti kata al-Syeikh al-Jurjani dalam kitabnya al-Ta’rifat iaitu merdekanya dengan segala amalan kebajikan dan melakukan dengan sebaik mungkin. Begitu juga menganggap besarnya segala kesalahan dan berpaling daripada melakukannya.

            Mengikut ahli kalam, istighfar dengan maksud memohon keampunan selepas melihat betapa buruknya maksiat dan berpaling daripadanya. Seorang ulama pernah menyebut Istighfar merupakan permohonan untuk melakukan pengislahan yang telah rosak sama ada dengan perkataan atau perbuatan.

            Antara maksud lain istighfar ialah memohon keampunan atau memohon penghapusan dosa, menghilangkan kesannya dan berlindung daripada kejahatannya. Ibn al-Qayyim telah berkata: “Hakikat al-Maghfirah (keampunan) ialah melindungi dari kejahatan dosa. Oleh itu setiap yang menutupi kepala dari kesakitan dinamakan sebagai al-Mighfar.”

            Adapun perintah disuruh beristighfar antaranya perintah Allah:

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ﴿١٠﴾يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا

Maksudnya: Maka aku katakan kepada mereka: mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya dia Maha pengampun, nescaya dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat. Dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.

                                                                                                          (Surah Nuh:10-11)

 

            Ibn Kathir berkata hendaklah kamu kembali kepada Tuhan daripada perlakuan yang tidak baik dengan bertaubat keran sesiapa bertaubat pasti Allah menerima taubatnya sekali[pun besar dosanya bahkan jika kamu beristighfar nescaya Allah mengurniakan hujan yang lebat daripada langit.

Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita dalam agama ini. Amin.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

 

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

7 Syawal 1436H

 


Cetak   Emel
  • A A
    Reset | PT Sans
  • A- A A+