Language :  
Theme Color: blue green oren
Text Size : 
A- A A+
FAQ
carian

SOALAN 70 (28 RAMADAN 1436H BERSAMAAN 15/07/2015)

Apakah jenis zakat fitrah dan kadarnya?

 

JAWAPAN

Kadar dan jenis zakat fitrah ialah segantang makanan asasi penduduk negeri tempt seseorang mukallaf itu bermukim.

            Hal ini juga berdasarkan hadith daripada Abi Sa’id al-Khudri R.A katanya:

كُنَّا نُخْرِجُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ طَعَامٍ. وَقَالَ أَبُو سَعِيدٍ وَكَانَ طَعَامَنَا الشَّعِيرُ وَالزَّبِيبُ وَالأَقِطُ وَالتَّمْرُ

 

Maksudnya: “Pada zaman Rasulullah SAW kami mengeluarkan zakat fitrah pada hari raya sebanyak segantang makanan. Gandum, kismis, keju dan tamar ialah makanan kami.”

Riwayat al-Bukhari (1439)

            Ukuran gantang yang digunakan oleh Rasulullah SAW menyamai 4 cupak. Kadar ini menyamai sukatan 3 liter, iaitu bersamaan kira-kira 2400 garam. Mengikut sukatan segantang dikira dengan gram ialah 2750 gram. Sekiranya gandum ialah makanan asasi penduduk di negara kita, maka zakat fitrah yang wajib atas setiap individu adalah sebanyak 3 liter.