Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

QALAM MUFTI #56: TAHNIAH RAJA PECUT ASIA TENGGARA, HAIQAL HANAFI

tahniah haiqal.JPG

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Sekalung tahniah kami ucapkan buat pelari pecut kebangsaan, Muhammad Haiqal Hanafi yang telah berjaya mengungguli acara 100 meter Sukan SEA ke-30 di Stadium Olahraga New Clark City, Filipina.

Haiqal yang baru berusia 20 tahun berjaya muncul juara selepas mencatat kepantasan masa 10.35 saat, sekaligus menobatkannya sebagai Raja Pecut baharu Asia Tenggara.

Kami tertarik dengan kata-kata beliau selepas kemenangan tersebut: Menurut beliau:"Rahsia kejayaan saya ialah solat lima waktu, solat hajat sebelum tidur dan banyak berdoa kepada Allah supaya diizinkan untuk murah rezeki."[1]

Oleh itu kami katakan, beliau sememangnya layak dinobatkan sebagai Raja Pecut baharu Asia Tenggara. Tahniah!

Semoga dengan kejayaan ini dapat memberi semangat dan inspirasi kepada anak muda yang lain untuk berusaha meraih kejayaan dalam apa jua bidang di samping tidak melupakan perintah agama.

______________

Nota Hujung:

[1] Lihat laporan di laman web Stadium Astro bertajuk Olahraga: Haiqal tunai janji pertahan emas pada 8 Disember 2019. [http://www.stadiumastro.com/sukan/sukan-sea/artikel/olahraga-haiqal-tunai-janji-pertahan-emas/156344]