Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

PROGRAM AIDILFITRI@DATARAN MERDEKA

KUALA LUMPUR, 28 MEI 2022 - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta masjid dan surau Jumaat di Wilayah-Wilayah Persekutuan dengan kerjasama rakan strategik telah menganjurkan Program Aidilfitri@Dataran Merdeka pada 28 Mei 2022 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Jalaluddin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan dihadiri Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP, Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan turut bersama-sama hadir bagi memeriahkan sambutan Program Aidilfitri@Dataran Merdeka dengan masyarakat awam setempat dan para jemputan. Hampir 25000 orang telah hadir membanjiri Dataran Merdeka. Mereka juga disajikan dengan pelbagai juadah dan makanan.

Pelaksanaan program tersebut adalah bagi mengumpulkan masjid-masjid dan surau-surau Jumaat di sekitar Wilayah Persekutuan dalam menyantuni orang ramai yang hadir dipada pelbagai bangsa dan agama. Selain itu, program tersebut juga dilaksanakan bagi mengeratkan silaturahim dan perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat khususnya di Wilayah Persekutuan.