Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

BENGKEL PENGURUSAN MEDIA SOSIAL DAN BENGKEL SEMAKAN BAHAN INFOGRAFIK SIRI 1/2022

PUTRAJAYA, 27 JULAI 2022 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Media Sosial dan Bengkel Semakan Bahan Infografik Siri 1/2022 di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada 27 dan 28 Julai 2022. Penceramah jemputan, Encik Abu Huzaifah bin Abd Ghani, Juruaudio Visual Bahagian Media Siber Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia merupakan seorang Pencipta Kandungan (Content Creator) yang berkemahiran dan berpengetahuan luas mengenai platform media sosial di Malaysia.

Melalui bengkel tersebut, para peserta yang terdiri daripada kakitangan PMWP telah didedahkan dengan penghasilan bahan-bahan ilmiah yang bersesuaian dan berkonsepkan videografi melalui telefon pintar. Keesokannya, program telah diteruskan dengan Bengkel Semakan Bahan Infografik Siri 1/2022. Bengkel tersebut adalah bertujuan bagi menyediakan bahan-bahan bacaan ilmiah yang ringkas, padat dan menarik untuk santapan masyarakat awam khususnya di Wilayah Persekutuan.