Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

KONVENSYEN FALAK WILAYAH PERSEKUTUAN

PUTRAJAYA, 22 September 2022 - Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Putrajaya telah mengadakan Konvensyen Falak Wilayah Persekutuan 2022, yang bertempat di SMK Putrajaya Presint 18 (1).
Pelbagai program telah dianjurkan, antaranya pertandingan kuiz falak, pertandingan poster falak kreatif, pertandingan rekacipta falak, pertandingan sajak falak, pertandingan roket air, cerapan matahari, bengkel penentuan arah kiblat dan ceramah falak yang disampaikan oleh Ustaz Nik Abdul Rahman, Ahli Jawatankuasa Falak Wilayah Persekutuan.
 
Majlis penutupan program tersebut dan penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh YBhg. Dr. Haji Ruslan bin Hussin, Timbalan Pengarah Perancangan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Semoga progran yang dianjurkan ini dapat memberi manfaat dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.
 
 
 

Cetak   Emel
  • A A
    Reset | PT Sans
  • A- A A+