Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

PERTEMUAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN DENGAN TIMBALAN KETUA KESATUAN ULAMA SYAM (BAHAGIAN PALESTIN)

KUALA LUMPUR, 23 MAC 2023 – Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan telah mengadakan pertemuan bersama Sahibul Fadilah Sheikh Dr. Abdullah Katamtu, Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Syam (Bahagian Palestin) bersama beberapa ulama di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur hari ini.

Pertemuan diadakan bagi membincangkan isu-isu semasa di Palestin. Semoga pertemuan yang diadakan mengutuhkan lagi jalinan kerjasama antara kedua-dua belah pihak yang menatijahkan manfaat kepada semua.