Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

KUNJUNGAN HORMAT BIMB KEPADA MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

PUTRAJAYA, 2 MEI 2023 – Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan menerima kunjungan hormat daripada wakil pihak Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) iaitu Ustaz Haji Saiful Anuar Hambali, Ketua Pegawai Shariah Kumpulan, Ustaz Haji Mohd Nazri Chik (Ketua Pegawai Rangkuman Kewangan Kumpulan, Ustaz Mohamad Faysal Mohamed, Pengurus Kanan Shariah dan Ustaz Muhammad Hizami, Penolong Pengurus Rangkuman Kewangan di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) hari ini.

Kehadiran ahli kunjungan ke pejabat ini adalah bagi mendapatkan panduan dan nasihat SS Datuk Mufti berkaitan perkembangan sistem kewangan Islam di Malaysia semasa khususnya dalam inisiatif kewangan sosial yang melibatkan waqaf, zakat dan lain-lain. Semoga nasihat dan panduan yang diperoleh mendatangkan manfaat kepada semua pihak.