Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+

SOALAN 33 (25/06/2015 BERSAMAAN 08 RAMADAN 1436H)

Apakah hikmah berbuka puasa dengan ruthob?

 

JAWAPAN

Hikmah berbuka puasa dengan ruthob (tamar separuh masak) untuk menguatkan tubuh badan dengan sedikit manisan yang boleh menambahkan kekuatannya. Menurut Yusuf Ahmad dalam bukunya Mausu’ah al-I’jaz al-Ilmi fi al-Quran wa al-Sunnah al-Mutahhirah (Ensiklopedia Mukjizat Sains dalam al-Quran dan Sunnah), buah kurma merupakan nikmat teragung daripada Allah yang dianugarahkan kepada kita. Ia membekalkan pelbagai zat yang diperlukan oleh badan dan dapat diserap ke dalam sistem tubuh manusia dengan cepat. Glukosa yang terkandung dalam buah kurma boleh dihadamkan dengan pantas dan masuk ke dalam sel hati, otak, darah, sistem saraf, sistem otot dan semua jaringan yang lain. Dengan ini tenaga manusia dapat dikembalikan dengan kadar segera apabila memakan kurma.

Kurma juga adalah makanan paling ideal untuk tubuh manusia kerana ia mengandungi kadar gula yang tinggi dalam bentuk glukosa dan fruktosa, di samping protein, lemak, witamin A, B2 dan c serta beberapa mineral penting yang lain iaitu klsium, postassium, fosforus, magnesium, sodium (natrium) dan florin.