Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

TAHSIN QURAN PMWP LABUAN 2019

Bertarikh 13 & 14 Julai 2019 yang lepas, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan telah mengadakan Program Tahsin Al-Quran kepada pemegang tauliah mengajar agama Islam bertempat di Dewan Syura, Masjid Jamek AnNur, Wilayah Persekutuan Labuan.

Penceramah yang telah dijemput adalah YBhg Ustaz Mohd Nazarudi bin Mohd Nadzir, dari Unit Istinbat Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Peserta yang dijemput adalah seramai 25 orang yang terdiri daripada para pemegang tauliah yang mengajar kelas-kelas Al-Quran Dewasa serta para imam dan bilal masjid dan surau di sekitar Wilayah Persekutuan Labuan.

Antara bab yang dibincang dan dikongsikan dalam program ini adalah Sifat & Makhraj huruf, hukum-hukum mad, bacaan-bacaan ghorib serta ujian kefahaman dan juga latihan memperbetulkan bacaan secara talaqqi.

Program ini mendapat respon yang amat baik daripada kesemua peserta dan mereka mengharapkan agar program sebegini dapat diteruskan di masa akan datang.