Klik untuk membaca
Marhaban ya Ramadan: Infografik Hukum dan Fatwa terbitan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) ini merupakan buku panduan ringkas berasaskan visual infografik mengenai hukum-hakam ibadah puasa dan Aidilfitri. Kandungannya merangkumi tatacara penentuan awal bulan melalui cerapan hilal, hukum niat dan sahur, perkara yang membatalkan puasa termasuk isu perubatan moden, adab berbuka puasa, pelaksanaan solat tarawih serta witir, pembayaran zakat fitrah, adab menyambut hari raya, sehinggalah kepada panduan puasa enam Syawal serta hukum berkaitan qada puasa fardu dan fidyah.