Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
FAQ

Alhamdulillah, terima kasih kepada barisan AJK Falak Wilayah Persekutuan, saf urusetia dan Saudara Norman Hakim yang turut hadir bersama dalam Majlis Cerapan Anak Bulan di Menara Kuala Lumpur. Jaza kumullahu khairal jaza.

 

Bersama Norman Hakim

 

 

 Cerapan Hilal Ramadan di PICC bersama SF Timbalan MUFTI.

 

 

 

 

 

KUALA LUMPUR | 13 September 2015 – Menjelang Aidiladha dan musim haji yang bakal tiba, Unit Falak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh Ustaz Khairul Anuar bin Yazid telah mengadakan program Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 2015 di dua lokasi berasingan, Menara Kuala Lumpur dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Turut hadir ke program tersebut, Sahibus Samahah Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Che Mat bin Che Deraman di lokasi Menara Kuala Lumpur. Keadaan yang berjerebu di negara pada waktu ini telah menjejaskan penglihatan rukyah. Maka, 1 Zulhijjah bagi tahun 1436H jatuh bertepatan pada hari Selasa 15 September 2015, bermula pada waktu Maghrib 13 September 2015.