FUNGSI UNIT FALAK
1. Unit Kiblat dan Cerapan
- Mengurus persiapan lokasi, jemputan, data cerapan, penyediaan dokumen, taklimat dan melaksanakan cerapan rasmi dan bulan-bulan Hijri yang lain.
- Mengurus surat-menyurat, persiapan tempat, jemputan, penyediaan dokumen, data almanak falak bagi aktiviti cerapan langit dan fenomena-fenomena falak yang berkaitan.
- Mengurus peralatan bagi aktiviti pengukuran arah kiblat dan cerapan.
- Membuat kerja pengukuran arah kiblat di premis masjid dan surau dalam Wilayah Persekutuan, mengemaskini maklumat permohonan arah kiblat setelah kerja pengukuran selesai serta mendokumentasi dokumen permohonan arah kiblat.
- Mengemaskini data grid koordinat lokasi azimuth arah kiblat bagi masjid, surau dan tanah perkuburan Wilayah Persekutuan
- Merekodkan laporan cerapan rasmi dan bulanan dalam borang cerapan PMWP dan portal MyRHK JAKIM.
2. Unit Takwim, Peralatan, Pentadbiran dan Pameran
- Mengurus urusan surat-menyurat berkaitan Unit Falak.
- Mengurus persiapan mesyuarat takwim solat tahunan bagi Wilayah Persekutuan.
- Mengurus Pesanan Tempatan (PO) dan bayaran bagi program berkaitan.
- Mengadakan bengkel penyelarasan, menyediakan data dan mendraf format takwim hijri.
- Menganjurkan pameran falak secara berkala serta menyediakan bahan-bahan dan peralatan pameran falak sekiranya terdapat permintaan dari agensi yang berkaitan.
- Mengurus persiapan Mesyuarat JK Falak & JK Rukyah Hilal.
- Menyemak Jadual Penyelenggaraan dan menguji peralatan falak secara berkala.
3. Unit Pendidikan dan Latihan
- Melaksanakan penyelarasan aktiviti tahunan kelab falak sekolah.
- Melaksanakan bengkel, kursus atau program bersama jabatan serta agensi-agensi luar.
- Mengemaskini maklumat berkaitan kelab falak sekolah dari masa ke semasa.
- Menyelaraskan aktiviti bersama agensi yang ingin melaksanakan program bersama kelab falak sekolah.
- Mengendalikan bengkel dan latihan dalaman bagi unit falak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
- Menguruskan latihan pengendalian alat dan cerapan matahari.
4. Unit Kajian dan Penyelidikan
- Menjalankan kajian berkaitan falak secara berkala bersama rakan strategik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
- Menghasilkan artikel penyelidikan berkenaan isu-isu kontemporari falak untuk rujukan.
- Menjalankan proses penterjemahan bahan-bahan berkaitan falak sama ada kitab ataupun artikel.
- Membentangkan dapatan kajian penyelidikan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Falak.
- Menyediakan jawapan bagi kemusykilan falak serta bahan berkaitan falak untuk penerbitan.
- Mengkaji dan menganalisa data cerapan hilal bulanan yang dijalankan di Wilayah Persekutuan..
- Mengendalikan program Usrah Falak.