FUNGSI BAHAGIAN SUMBER MAKLUMAT
- Mengurusetiakan mesyuarat dan aktiviti Jawatankuasa Pemikir Isu Islam Semasa Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
- Menyelia ruangan Suara Pemikir di laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
- Menguruskan penerbitan bahan-bahan cetak untuk mewujudkan keselarasan kefahaman Islam di kalangan umat Islam.
- Mengendalikan program-program penerangan berbentuk seminar, bengkel dan Majlis Penjelasan Fatwa untuk menyebarkan kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah
- Mengumpul maklumat daripada pemantauan media sosial, media cetak dan elektronik termasuk saluran internet untuk kajian isu semasa.
- Menguruskan perolehan perpustakaan, dan penyelenggaraan bahan sumber maklumat sebagai bahan rujukan perpustakaan untuk kemudahan penyelidikan, peperiksaan kerajaan dan bacaan ilmiah kepada pegawai dan kakitangan.
- Mewujudkan perhubungan, kerjasama dan perkongsian maklumat dengan institusi-institusi fatwa dan institusi-institusi berkaitan hal ehwal Islam yang lain sama ada dalam atau luar negeri.