Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
FAQ

Jumaat | 21 Ogos 2015 – Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri telah menerima kunjungan daripada rombongan Syeikh Muhammad Ṣālih bin Muhammad Abdul Latif al-Farfur. Sahibus Samahah Datuk Mufti berguru dengan ayahanda Syeikh Muhammad Salih, iaitu Syeikh Muḥammad Abdul Latif al-Farfur, dan mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan keluarga mereka sewaktu beliau belajar di Syriah. Syeikh Muhammad Salih sempat menghadiahkan kitab terakhir yang ditulis ayahandanya kepada Sahibus Samahah Mufti sebagai hadiah.