Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN MENYERTAI INDONESIA INTERNATIONAL BOOK FAIR (IIBF) 2023

JAKARTA, 2 OKTOBER 2023 – Buat julung kalinya Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menyertai Indonesia International Book Fair (IIBF) 2023 yang berlangsung daripada 27 September hingga 2 Oktober 2023 bertempat di Indonesia Convention Centre, BSD City, Jakarta. Acara tahunan bagi pencinta buku bertaraf antarabangsa ini disertai lebih daripada 300 pempamer, karyawan dan penerbit daripada dalam dan luar negara termasuk Malaysia. Delegasi Malaysia yang bernaung di bawah Pavillion Malaysia diurusetiakan oleh Institut Terjemahan Bahasa Malaysia (ITBM) turut disertai penerbit buku universiti, Perpustakaan Awam Negeri dan agensi agama seperti PMWP, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan Dakwan Islam Malaysia (YADIM) dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Perasmian Pavillion Malaysia telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor.

Penyertaan PMWP merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk mengantarabangsakan karya Malaysia terutamanya buku terbitan dan terjemahan PMWP. Selain itu, penyertaan ini juga adalah untuk membina jaringan hubungan antara penerbitan Malaysia dan Indonesia sekali gus menggalakkan perkongsian dan pertukaran serta pendedahan kepada aktiviti perbukuan. PMWP diwakili Sahibus Samahah Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan dan En. Mohd Ghazali bin Mohamed Nor, Penolong Mufti Bahagian Sumber Maklumat, PMWP bagi menyertai IIBF 2023 ini.