Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN MEMIMPIN BACAAN DOA DI ISTIADAT KEBERANGKATAN BALIK SEMPENA TAMAT TEMPOH PEMERINTAHAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XVI

30 JANUARI 2024 – Merafak Sembah dan Menjunjung Kasih warga Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan atas keberangkatan balik sempena tamat tempoh pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI pada hari ini.

Sahibus Samahah datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan turut hadir memimpin bacaan doa di Parlimen Malaysia dan Kompleks Bunga Raya.

Seluruh warga Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas jasa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah al-Musta’in Billah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj sepanjang melaksanakan amanah besar terutama dalam membangun serta menegakkan syiar Islam di Malaysia.

Sumber Gambar: Parlimen Malaysia