PUTRAJAYA, 6 FEBRUARI 2025 – Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) menerima lawatan industri daripada mahasiswa Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) dengan diiringi YBrs. Dr. Norhidayah Binti Pauzi, Pensyarah UM pagi ini.
Lawatan ini disambut baik oleh Sahibul Fadilah Ustaz Muhamad Sujak bin Muhamad Dasuki, Ketua Penolong Mufti (Bahagian Fatwa) yang memberikan taklimat pengenalan dan operasi jabatan ini kepada tetamu yang hadir. Taklimat tersebut juga diteruskan dengan sesi ramah mesra dan soal jawab daripada mahasiswa UM. Di kesempatan ini juga, mereka berpeluang mengadakan lawatan tapak di setiap unit/ bahagian JMWP, Putrajaya. Turut bersama-sama meraikan kehadiran tetamu, Sahibul Fadilah Ustaz Sabri bin Mat Yasim, Ketua Unit Buhuth dan beberapa pegawai JMWP daripada setiap unit/ bahagian.
Semoga lawatan yang diadakan memperoleh ilmu yang bermanfaat kepada semua.