Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

BENGKEL PEMURNIAAN DAN SEMAKAN AKHIR MODUL PERUNDINGAN AKIDAH JABATAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN (JMWP)

PORT DICKSON,14 FEBRUARI 2025 – Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) telah menganjurkan Bengkel Pemurnian dan Semakan Akhir Modul Perundingan Akidah bertempat di Hotel Avillion, Port Dickson selama 3 hari 2 malam bermula 12 hingga 14 Februari 2025. Penganjuran bengkel ini menyasarkan penglibatan seramai 20 orang pegawai penyelidik dari Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan. Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi menyiapkan modul khusus yang akan digunakan oleh para Perunding Akidah JMWP semasa Sesi Perundingan Akidah dijalankan dalam menangani kes-kes mahkamah berkaitan permohonan pengisytiharan status agama.

Majlis penutupan bengkel telah dirasmikan oleh Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, SS Ustaz Jamali bin Mohd Adnan yang turut dihadiri oleh SF Ustaz Muhamad Sujak bin Muhamad Dasuki, Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa dan SF Dr Syed Shahridzan Syed Mohamed , Ketua Penolong Mufti Bahagian Penyelidikan. Dalam ucapan perasmian penutupan tersebut, SS Ustaz Jamali turut menyatakan bahawa Modul Perundingan Akidah akan dilancarkan dalam masa terdekat dan akan memberi manfaat kepada para Perunding Akidah JMWP seterusnya turut menjadi panduan kepada agensi agama dan jabatan mufti di negeri yang lain.