Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

hukum jual beli kucing

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 136 (23 DISEMBER 2015 / BERSAMAAN 11 RABIULAWAL 1437H)

 

SOALAN

Assalamualaikum ustaz,

Saya nak dapatkan pencerahan daripada ustaz, apakah hukum membela kucing & menjual kucing? Adakah hasil penjualan kucing tersebut haram? Terima kasih ustaz. 

 

JAWAPAN:

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Para ulama khilaf dalam masalah ini.

 

Pertama:

Pendapat bahawa kucing ini haram dijualbeli secara mutlak berdasarkan hadis daripada Abu Zubair RA:

 

سَأَلْتُ جَابِرًا عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَالسِّنَّوْرِ قَالَ زَجَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ذَلِكَ

Maksudnya: Aku (Abu Zubair) bertanya kepada Jabir (seorang sahabat Nabi SAW) berkenaan jual beli anjing dan al-Sinnur (kucing). Dia menjawab bahawa Rasulullah SAW melarang perkara itu.

Riwayat Muslim (1569)

Dalam hadis lain riwayat Jabir bin Abdullah - R.Anhuma -juga bahawa dia berkata:

نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَالسِّنَّوْرِ

Maksudnya: Rasulullah SAW melarang makan duit hasil penjualan anjing dan kucing.

Hadis Riwayat Abu Daud (3479) dan Tirmidzi (1279)

Kedua:

Pendapat jumhur termasuk Mazhab syafie membenarkan jual beli kucing jika kucing itu memiliki manfaat seperti menangkap tikus maka hukumnya ialah halal untuk dijual beli. Begitu juga jika ia merupakan haiwan liar, maka tidak dibenarkan. Ada juga yang mengatakan bahawa kucing ini diharamkan jual beli kerana pada awal Islam ia dianggap najis, kemudian setelah tsabit daripada Rasulullah SAW bahawa kucing itu suci maka dibenarkan jual beli kucing.

 

Tarjih:

Kami lebih cenderung kepada hukum makruh perniagaan kucing berdasarkan larangan dalam nas.

 

Wallahuaʿlam