Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

IRSYAD HUKUM KHAS HAJI DAN KORBAN SIRI KE 73: HUKUM MENGERJAKAN IBADAH KORBAN BAGI PIHAK ORANG LAIN TANPA KEIZINANNYA

HUKUM_MENGERJAKAN_IBADAH_KORBAN_BAGI_PIHAK_ORANG_LAIN_TANPA_KEIZINANNYA.jpg

 

Soalan

Assalamualaikum, saya ingin bertanya, bolehkah seseorang itu mengerjakan ibadah korban bagi pihak orang lain tanpa ada sebarang makluman dan keizinan daripadanya? Apakah hukumnya? Terima kasih Datuk. 

Ringkasan Jawapan

Hukum mengerjakan ibadah korban bagi pihak lain yang masih hidup tanpa keizinan daripadanya adalah tidak sah.

Huraian Jawapan

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda hingga ke Hari Akhirat.

Menjelang 10 Zulhijjah setiap tahun, umat Islam dianjurkan agar melaksanakan ibadah korban. Hal ini adalah berdasarkan kepada firman Allah SWT:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ

Maksudnya:Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai tanda bersyukur).”

Al-Kauthar, 108: 2

Imam Ibn Kathir menyatakan bahawa lafaz ‘Nahr’ dalam ayat di atas memberi maksud sembelihan korban menurut pendapat yang sahih[1]. Anjuran ini adalah sunat muakkad (sangat dituntut) [2] untuk dikerjakan ke atas mereka yang berkemampuan. Adapun bagi yang tidak mampu, maka tidaklah menjadi kewajipan ke atas mereka untuk mengerjakan ibadah tersebut[3].

Justeru itu, timbul persoalan berkenaan hukum seseorang mengerjakan ibadah korban bagi pihak lain tanpa adanya keizinan daripada pihak tersebut. Adakah ia dibenarkan?

Syeikh Zakariyya al-Ansari ada mengulas berkenaan permasalahan ini, yang mana ia terpecah kepada dua pendapat dan pendapat yang paling sahih di antara keduanya ialah tidak dibenarkan[4]. Syeikh Zakariyya menukilkan kalam Imam al-Nawawi, beliau menyatakan[5]:

وَلَا تَضْحِيَةَ عَنْ الْغَيْرِ بِغَيْرِ إذْنِهِ وَلَا عَنْ مَيِّتٍ إنْ لَمْ يُوصِ بِهَا

Maksudnya: “Dan tiada sembelihan untuk bagi orang lain melainkan mendapat izin daripadanya dan tidak juga daripada yang mati melainkan ianya telah diwasiatkan.”

Seterusnya, Syeikh Muhammad al-Zuhaili ada juga menyebut[6]: “Tidak sah ibadah korban bagi pihak orang lain yang masih hidup tanpa keizinannya. Hal ini kerana, korban merupakan suatu bentuk ibadah, dan asal bagi perkara ibadah adalah ia tidak boleh dilakukan oleh orang lain melainkan adanya dalil yang mengharuskan berbuat demikian, terutamanya apabila tiada keizinan.

Akan tetapi, sekiranya salah seorang ahli keluarga telah mengerjakan ibadah korban tersebut, maka sudah dianggap melepaskan tanggungan sunat kifayah keluarga tersebut walaupun tanpa ada keizinan daripada ahli keluarga yang lain. Begitu juga sembelihan korban oleh pemimpin bagi kaum Muslimin dengan menggunakan harta Baitulmal, maka ia dibenarkan.”

Sembelihan pemimpin adalah dengan menyembelih badanah (unta atau lembu yang gemuk). Jika tidak mampu menyembelih badanah, maka dengan seekor kambing biri-biri. Walau bagaimanapun dengan sembelihan ini, tidaklah menggugurkan tuntutan korban ke atas orang-orang Islam yang berkemampuan kerana apa yang diperolehi daripada sembelihan pemimpin ini adalah perolehan pahala semata-mata bagi orang-orang Islam[7].

Seterusnya, ulasan berkenaan hukum mengerjakan ibadah korban bagi si mati pula, ada kami perincikan dalam artikel kami yang bertajuk Hukum Melakukan Korban Buat Si Mati[8].

Kesimpulannya, hukum mengerjakan ibadah korban bagi pihak lain yang masih hidup tanpa keizinan daripadanya adalah tidak sah.

Akhir kalam, kami menasihatkan agar mereka yang ingin mengerjakan ibadah korban bagi pihak lain hendaklah memaklumkan dan juga meminta izin daripada mereka terlebih dahulu sebelum melaksanakannya.

Wallahu A‘lam.

 

Rujukan: 

[1] Isma‘il bin ‘Umar bin Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim, Tahkik: Samiyy bin Muhammad Salamah, (t.tp: Dar Toyyibah,

[2] Muhammad bin Ahmad al-Khatib al-Syirbini, Mughni al-Muhtaj Ila Ma‘rifat Ma‘ani Alfaz al-Minhaj, (t.tp: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, cetakan pertama, 1415H), 6/123.

الْأُضْحِيَّةَ اسْمٌ لِمَا يُضَحَّى بِهِ (سُنَّةٌ) مُؤَكَّدَةٌ فِي حَقِّنَا. أَمَّا فِي حَقِّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - فَوَاجِبَةٌ لِحَدِيثِ «أُمِرْتُ بِالنَّحْرِ وَهُوَ سُنَّةٌ لَكُمْ» رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ، وَفِي رِوَايَةِ الدَّارَقُطْنِيّ «كُتِبَ عَلَيَّ النَّحْرُ وَلَيْسَ بِوَاجِبٍ عَلَيْكُمْ.

قَالَ فِي الْعُدَّةِ: وَهِيَ سُنَّةٌ عَلَى الْكِفَايَةِ إنْ تَعَدَّدَ أَهْلُ الْبَيْتِ، فَإِذَا فَعَلَهَا وَاحِدٌ مِنْ أَهْلِ الْبَيْتِ كَفَى عَنْ الْجَمِيعِ، وَإِلَّا فَسُنَّةُ عَيْنٍ وَلَا تَجِبُ بِأَصْلِ الشَّرْعِ لِمَا مَرَّ، وَلِمَا رَوَى الْبَيْهَقِيُّ وَغَيْرُهُ بِإِسْنَادٍ حَسَنٍ " أَنَّ أَبَا بَكْرٍ وَعُمَرَ كَانَا لَا يُضَحِّيَانِ مَخَافَةَ أَنْ تَرَى النَّاسُ ذَلِكَ وَاجِبًا " وَلِأَنَّ الْأَصْلَ عَدَمُ الْوُجُوبِ

[3] Al-Syirbini, Mughni al-Muhtaj, 6/123.

وَالْمُخَاطَبُ بِهَا الْمُسْلِمُ الْحُرُّ الْبَالِغُ الْعَاقِلُ الْمُسْتَطِيعُ

[4] Zakariyya bin Muhammad bin Zakariyya al-Ansari, Asna al-Matalib fi Syrah Raudh al-Talib, (t.tp: Dar al-Kutub al-Islami, t.c, t.t), 3/60.

(وَفِي جَوَازِ التَّضْحِيَةِ عَنْ الْغَيْرِ) بِغَيْرِ إذْنِهِ (وَجْهَانِ) : أَصَحُّهُمَا الْمَنْعُ وَبِهِ جَزَمَ الْمِنْهَاجُ كَأَصْلِهِ وَعِبَارَتِهِ وَلَا تَضْحِيَةَ عَنْ الْغَيْرِ بِغَيْرِ إذْنِهِ وَلَا عَنْ مَيِّتٍ إنْ لَمْ يُوصِ بِهَا عَلَى الْأَصْلِ فِي الْعِبَادَاتِ. وَثَانِيهِمَا الْجَوَازُ لِخَبَرِ مُسْلِمٍ «أَنَّهُ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - ضَحَّى عَنْ أَزْوَاجِهِ بِالْبَقَرِ» وَخَبَرُ أَحْمَدَ «أَنَّهُ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - كَانَ إذَا ضَحَّى اشْتَرَى كَبْشَيْنِ سَمِينَيْنِ أَقْرَنَيْنِ أَمْلَحَيْنِ فَإِذَا صَلَّى وَخَطَبَ النَّاسَ أَتَى بِأَحَدِهِمَا وَهُوَ قَائِمٌ فِي مُصَلَّاهُ فَذَبَحَهُ بِنَفْسِهِ بِالْمُدْيَةِ ثُمَّ يَقُولُ: اللَّهُمَّ هَذَا عَنْ أُمَّتِي جَمِيعًا مَنْ شَهِدَ لَكَ بِالتَّوْحِيدِ وَشَهِدَ لِي بِالْبَلَاغِ ثُمَّ يُؤْتَى بِالْآخَرِ فَيَذْبَحُهُ بِنَفْسِهِ وَيَقُولُ: هَذَا عَنْ مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ فَيُطْعِمُهُمَا جَمِيعًا الْمَسَاكِينَ وَيَأْكُلُ هُوَ وَأَهْلُهُ مِنْهُمَا» ، وَلِلْأَوَّلِ أَنْ يَجْعَلَ ذَلِكَ مُسْتَثْنًى إذْ لِلْإِمَامِ الْأَعْظَمِ أَحْكَامٌ تَخُصُّهُ

[5] Yahya bin Syaraf al-Nawawi, Minhaj al-Tolibin wa ‘Umdat al-Muftiin fi al-Fiqh, Tahkik: ‘Iwadh Qasim Ahmad ‘Iwadh, (t.tp: Dar al-Fikr, cetakan pertama, 1425H), 1/321.

[6] Muhammad al-Zuhaili, al-Mu‘tamad fi al-Fiqh al-Syafie, (Damsyik: Dar al-Qalam, cetakan ke-4, 1434H), 2/490.

لا تصح التضحية عن الغير الحي بغير إذنه، لأنها عبادة، والأصل في العبادة أن لا يفعل عن الغير إلا بدليل، لا سيما مع عدم الإذن، لكن إن ضحى واحد من أهل البيت تحصل بها سنة الكفاية عن الجميع وإن لم يصدر من بقيتهم إذن، وباستثناء تضحية الإمام عن المسلمين من بيت المال، وتضحية الولي من ماله عمن كان في حجره، والمعينة بالنذر إذا ذبحها أجنبي وقت التضحية فإنها تقع عنه، ويفرق صاحبها لحمها.

Lihat juga artikel kami: https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-haji-korban/3586-irsyad-al-fatwa-haji-dan-korban-siri-ke-22-bolehkah-melakukan-ibadah-korban-ke-atas-ibu-yang-sedang-koma, laman web diakses pada 18/5/2022.

[7] Ahmad bin Muhammad bin ‘Ali bin Hajar al-Haitami, Tuhfat al-Muhtaj fi Syarh al-Minhaj, (Mesir: Al-Maktabah al-Tijariyah al-Kubra, t.c, 1357H), 9/367.

(قَوْلُهُ الذَّبْحُ عَنْ الْمُسْلِمِينَ) أَيْ بَدَنَةٌ فِي الْمُصَلَّى فَإِنْ لَمْ تَتَيَسَّرْ فَشَاةٌ اهـ.

(قَوْلُهُ: وَأَنَّ لِلْإِمَامِ إلَخْ) وَلَا يَسْقُطُ بِفِعْلِهِ الطَّلَبُ عَنْ الْأَغْنِيَاءِ فَالْمَقْصُودُ بِذَلِكَ مُجَرَّدُ حُصُولِ الثَّوَابِ لَهُمْ وَيَنْبَغِي أَنَّ مِثْلَ ذَلِكَ التَّضْحِيَةُ بِمَا شَرَطَ الْوَاقِفُ التَّضْحِيَةَ بِهِ مِنْ غَلَّةِ وَقْفِهِ فَإِنَّهُ يَصْرِفُ لِمَنْ شَرَطَ صَرْفَهُ لَهُمْ وَلَا تَسْقُطُ بِهِ التَّضْحِيَةُ عَنْهُمْ وَيَأْكُلُونَ مِنْهُ وَلَوْ أَغْنِيَاءَ وَلَيْسَ هُوَ ضَحِيَّةٌ مِنْ الْوَاقِفِ بَلْ هُوَ صَدَقَةٌ مُجَرَّدَةٌ كَبَقِيَّةِ غَلَّةِ الْوَقْفِ اهـ.

[8] Lihat: https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-haji-korban/1069-irsyad-al-fatwa-haji-korban-siri-6-hukum-melakukan-korban-buat-si-mati, laman web diakses pada 18/5/2022.