اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 1443H/2022

PUTRAJAYA, 26 APRIL 2022 – Surau Irsyad Al-Hikmah & Penyelidikan telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran 1443H/2022M di peringkat Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) hari ini. Majlis khatam al-Quran ini telah diketuai oleh Ustaz Mohd Shairawi bin Mohd Noor, Pegawai Penyelidikan Unit Buhuth, PMWP.

Majlis ini telah diraikan dengan kehadiran warga kerja PMWP terutamanya warga kerja di Putrajaya. Majlis berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada semua warga kerja PMWP yang hadir.