Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
FAQ

SOALAN 10 (19/06/2015 BERSAMAAN 02 RAMADAN 1436H)

 

Apakah hukum menelan balgham atau kahak?

 

JAWAPAN

Menelan balgham atau sejenis kahak bagi yang tua dan menyukarkan untuk meludahnya adalah sah puasanya, seperti fatwa al-Syarbasi. Ini juga pendapat Mazhab al-Syafie dan Imam Ahmad pada satu riwayat. Ini kerana Islam agama yang meraikan semua umatnya terutama yang uzur dan tua.