Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
FAQ

photo credit: jesuscm [back, not 100%] via photopin cc

 

Soalan 7: Saya mewarisi amalan orang-orang tua saya di kampung berwirid secara berkumpulan selesai sembahyang berjemaah dan juga mengaminkan doa yang dibaca imam. Akhir-akhir ini  dikhabarkan, cara yang dilakukan itu tidak dilakukan semasa hayat Rasulullah SAW malah apa yang dilakukan itu adalah bidaah. Saya ingin penjelasan, apakah benar bahawa yang dilakukan itu salah?\

Jawapan:

Di sini dua perkara yang perlu difahami:

Pertama: Wirid dan zikir selepas solat mempunyai nas. Dan ia hendaklah dibaca sebagaimana diambil daripada Nabi SAW, melalui hadis-hadis yang sahih.

 

Begitu juga dengan berdoa selepas solat sama ada secara umum atau khusus. Rasulullah SAW bersabda kepada Muaz:

يَا مُعَاذُ إِنِّي اُحِبُّكَ لا تَدَعْ دُبُرَ كُلِّ صَلاَةٍ، اَللَّهُمَّ أعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Maksudnya: “Hai Muaz, aku menyayangimu. Justeru jangan kamu tinggalkan untuk berdoa setiap kali selepas solat dengan membaca doa ini: Ya Allah, tolonglah aku untuk mengingatimu, bersyukur kepadamu dan membaikkan dalam beribadat kepadamu.

Riwayat Ahmad (no: 22119), Abu Daud (no: 1524), dan al-Nasaie dalam Sunan al-Kubra (no: 9937). Dinilai sahih oleh Ibn Hibban dalam Sahihnya (no: 2020), dan Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya (no: 751)

 

Kedua: Berkenaan dengan cara berkumpulan dan dengan meninggikan suara memang tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW. Justeru, masalah ini menjadi khilaf di kalangan ulama’ sama ada bidaah atau tidak. Pembahagian bidaan itu sendir terbahagi kepada dua iaitu bidaah yang baik dan bidaah yang tercela atau tidak. Saya cenderung kepada pendapat yang meraikan suasana setempat. Untuk penjelasan lebih lanjut, bolehlah merujuk kepada beberapa kitab seperti al-Azkar karangan Imam al-Nawawi Rahimahullah dan lain-lain.

Akhukum Fillah

Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan