Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Aktiviti Cerapan Transit ISS (Stesen Angkasa Antarabangsa)

23 Januari 2020 (Khamis)

Unit Falak, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Ahli Jawatankuasa Falak Syarie Wilayah Persekutuan (YBrs. Tuan Shahrin bin Ahmad) telah turun ke lokasi Masjid Jamek Pasir Panjang, Port Dickson Negeri Sembilan bagi melaksanakan aktiviti cerapan transit ISS pada 23 Januari 2020. Antara agensi yang turut sama dalam aktiviti berkenaan adalah Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Sembilan, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan dan Institut Latihan Islam Malaysia.

Aktiviti seperti ini dapat meningkatkan kemahiran pegawai mengendalikan peralatan teleskop dan teknik merakam imej solar. Turut hadir penduduk sekitar Masjid Jamek Pasir Panjang yang teruja melihat kelajuan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) melintasi matahari.