Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Webinar Pendidikan Falak

12 Januari 2021 (Selasa)

Webinar Pendidikan Falak merupakan sebuah program anjuran Jabatan Mufti Selangor dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Mufti Negeri Sembilan dan Jabatan Mufti Melaka beserta Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Melaka. Fokus webinar ini adalah kepada guru-guru penasihat Kelab Falak Sekolah bagi negeri-negeri tersebut. Ianya telah dijalankan secara atas talian dengan menggunakan norma baharu iaitu di platform “Google Meet”. Program berlangsung selama satu hari sahaja iaitu pada 28 Jamadil Awal 1442H bersamaan 12 Januari 2021 bermula pada jam 9 pagi sehingga 12 tengah hari.

Program dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Sahibus Samahah Dato’ Setia Utama Diraja Mufti Selangor kemudian diikuti dengan sesi pertama iaitu perkongsian yang bertajuk Pendidikan Falak dalam Konteks Aktiviti Sains dan Agama yang telah disampaikan oleh Profesor. Madya Dr. Baharuddin bin Zainal. Seterusnya slot kedua dari Encik Shahrin bin Ahmad yang membawa tajuk yang sangat menarik iaitu “Menggelintar Rahsia Samawi 2021 dan “Road to Lunar Eclipse”. Manakala, sesi ketiga iaitu sesi penutup daripada Ustaz Faizal bin Jani iaitu slot bedah buku “Rahsia Gerhana Menurut Islam”.

Walaupun tempoh yang diperuntukkan bagi setiap slot ini selama satu jam sahaja, tetapi ia sangat padat dan sarat dengan maklumat kepada para peserta. Harapan PMWP semoga webinar pendidikan seperti ini dapat memberi manfaat kepada orang awam dan warga PMWP khususnya dalam meningkatkan pengetahuan terhadap bidang falak ini.