Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

KUNJUNG HORMAT DARIPADA KEDUTAAN AFGHANISTAN

PUTRAJAYA, 8 MAC 2021- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerima kunjungan hormat tetamu khas pada pagi 8 Mac 2021, iaitu Tuan Yang Terutama Dr. Moheb Rahman Spinghar, Duta Afghanistan bersama Kaunselor, Tuan Abdul Mueen Shahid. SS Datuk Dr.Luqman Hj.Abdullah menyambut mesra ketibaan tetamu istimewa bersama pegawai2 kanan.

Sebagai sebuah negara berdaulat yang masih terkesan dengan kancah peperangan sebelum ini, Afghanistan giat membangunkan semula negara melalui peningkatan ekonomi, pelaburan asing, infrasruktur, menaiktaraf sistem pendidikan termasuk mewujudkan institusi agama seperti Kementerian Wakaf dan Haji, Mahkamah Keadilan, Institusi Syura dan lain-lain.

Antara yang menjadi fokus perbincangan ialah pengalaman Malaysia dalam membangun dan mengurus institusi Mufti dan kefatwaan antaranya kedudukan Mufti sebagai badan berautoriti dalam hiraki pentadbiran negara, perbezaan institusi fatwa peringkat Persekutuan dan negeri serta rangkaian jalinan antarabangsa dengan badan fatwa sedunia seperti Darul Ifta' di Kaherah dan Majma' Fiqh Alami di Jeddah.

Pihak PMWP juga mengambil kesempatan menawarkan bantuan teknikal dan kepakaran dalam membentuk badan fatwa kebangsaan di negara berkenaan. Mudah-mudahan asprasi murni ini akan tercapai melalui kerjasama strategik dan pertemuan susulan antara kedua belah pihak. Tahniah PMWP