Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MENYANTUNI MANGSA-MANGSA BANJIR DI KUALA PILAH

 

KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN, 6 JANUARI 2022 - Mufti Care PMWP berteraskan Kefatwaan, Keilmuan dan Kemasyarakatan sekali lagi menyantuni masyarakat yang terjejas dengan bencana banjir di sekitar Kuala Pilah dan Johol sebentar tadi. Lawatan turun padang ke Pusat Pemindahan Sementara di SK Kuala Pilah ini adalah bagi menyampaikan sumbangan dan memberikan bantuan yang sewajarnya kepada mereka yang terjejas. PMWP juga turut menyampaikan 100 naskhah al-Quran dan buku-buku terbitan PMWP untuk dimanfaatkan masyarakat setempat.

Program ini dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat berjaya menyantuni seramai 51 keluarga mangsa banjir. Turut bersama-sama dalam misi bantuan kali ini ialah SS Datuk Dr. Luqman Hj Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan diiringi oleh SS Hj Jamali Mohd Adnan, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Raizalani Mohd Rais, Pegawai Agama Islam Daerah Kuala Pilah dan para pegawai Jabatan Agama Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pada 30 Disember 2021. Mufti Care PMWP juga turut serta dalam Program Bantuan dan Pembersihan Pasca Banjir Agensi Hal Ehwal Agama di Kg.Batu Kapur, Mentakab Pahang.

Pada program di atas, PMWP juga sempat melakukan lawatan kerja ringkas ke Pejabat Agama Islam Pahang (PAID) Temerloh, di samping menyampaikan sumbangan bahan bacaan dan buku-buku terbitan PMWP.

Semoga mereka yang terjejas diberi kesabaran atas musibah yang berlaku dan digantikan dengan yang lebih dari Allah.