Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

KUNJUNG HORMAT DARIPADA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PUTRAJAYA, 26 JANUARI 2022 - Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Tuan Haji Zulkifle bin Ab Rahman bersama rombongannya atas kunjungan hormat kepada Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP). Turut bersama-sama dalam pertemuan ini SS Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan dan beberapa orang pegawai kanan PMWP.

Dalam ucapan aluannya, SS Datuk Dr. Luqman  telah menjelaskan pencapaian dan keberhasilan PMWP sepanjang tahun 2021. Beliau juga turut mengambil kesempatan menjelaskan penyampaian perkhidmatan teras PMWP kepada masyarakat khususnya dalam bidang kefatwaan, keilmuan, dakwah dan kemasyarakatan khususnya gerak kerja strategik bagi mencapai visi PMWP sebagai peneraju dalam pengurusan fatwa bertaraf dunia yang efisyen, profesional dan diyakini dalam aspek akidah, syariah dan tasawuf menjelang tahun 2025. Pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) juga menyampaikan hasrat bagi menjadikan PMWP sebagai “role model” dan bercadang menempatkan pegawainya secara sangkutan (“attachment”) dalam masa terdekat.

Sebagai tanda cenderahati daripada PMWP, SS Datuk Dr. Mufti telah menyampaikan beberapa naskhah bahan terbitan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan kepada tetamu kehormat yang hadir.

Semoga ukhuwah yang terjalin antara dua negeri ini membawa keberkatan dan kebaikan kepada semua pihak pada masa yang akan datang.