Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

TEMU DUGA TAULIAH MENGAJAR AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN SIRI 1/2022

PUTRAJAYA, 26 JANUARI 2022 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) telah mengadakan Temu Duga Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Pesekutuan Siri 1/2022 secara bersemuka semula di Bilik Konsultasi 1, 2 dan 3, PMWP. Pelaksanaan temu duga pada tahun 2020 dan 2021 telah dijalankan secara atas talian seperti yang telah ditetapkan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) berikutan pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh dunia.  Temu duga ini telah dikawal selia oleh SF Ustaz Eizzul A’la bin Bajuri @ Mohamad, Penolong Mufti Unit Istinbat.

Temu Duga Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan ini adalah untuk menilai kelayakan pemohon tauliah sebelum diberikan pentauliahan. Pelaksanaan temu duga ini juga selaras dengan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993: Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan (Tauliah Mengajar Agama Islam) 2006.

Temu duga siri 1/2022 ini telah dijalankan selama 2 hari iaitu pada 25 dan 26 Januari 2022. Seramai 94 orang peserta yang hadir dan telah ditemuduga oleh panel-panel yang dilantik oleh PMWP.