Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL KALENDAR BIL. 1/2022 DAN BENGKEL PENGENDALIAN PERALATAN GLOBAL NAVIGATION SATTELITE SYSTEMS (GNSS)

PUTRAJAYA, 15 MAC 2022 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan telah menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kalendar dan Bengkel Pengendalian Peralatan Global Navigation Sattelite Systems (GNSS) yang bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kalendar yang diadakan secara berkala ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu yang timbul berkaitan jadual waktu solat dan penyelarasan diantara negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Selain itu, dalam masa yang sama turut diadakan bengkel pengendalian peralatan GNSS bagi memantapkan kemahiran dan pengetahuan pegawai-pegawai falak negeri dalam mengendalikan peralatan tersebut. Peralatan GNSS ini adalah salah satu alat yang digunakan untuk menentukan arah kiblat oleh pegawai-pegawai falak negeri.

Diharapkan agar kerjasama dan perkongsian maklumat serta kemahiran diantara Jabatan/Pejabat Mufti Negeri-Negeri dalam hal ehwal falak khususnya akan dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.